Friday, 10 February 2012

Kebosanan Melanda~

                        Pada malam Jumaat yang indah ini, perancangan si dia tidak lah banyak sekali mahupun si dia tidak ingin jejak kaki keluar ke dunia yang merbahaya iaitu di "planet" Bumi. Si dia berada sungguh letih kerna telah bermain sedaya-upayanya semasa permainan bola keranjang pada petang tadi. Kawan-kawan si dia sungguh kecewa dengan permainan yang dimainkan oleh si dia, tetapi si dia berasa sungguh hairan dan terus menberi soalan yang munasabah baginya. Setelah bersembang-sembang tentang permainan yang kurang memuaskan itu, mereka pun  pulang ke rumah masing-masing.

                          Apabila si dia telah sampai ke rumahnya, si dia pun terus minum air dengan secawan yang amat besar and tidak berhenti-henti kerana si dia sesangat keletihan. Selepas minum air yang teramat itu, si dia pun makan nasi dengan sebanyak-banyak mungkin seperti manusia yang tidak pernah makan nasi selama 3 bulan. Selepas puas menikmati makanan dan minuman dengan jumlah yang banyak, si dia pun terus masuk ke dalam tandas and membersihkan dirinya dengan sabun "Anti-Bakteri". Setelah membersihkan dirinya, si dia pun terus membuka "lappy" and terus "Tweets" apa yang si dia rasa ingin di "Tweets" kan.

                          Agak ramai jugak kawan-kawannya ingin mengajak si dia untuk keluar jalan-jalan, makan-makan, dan minum-minum, tetapi tidak berjaya. Si dia ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak dapat diimaginasikan oleh orang lain kerana si dia berfikiran sangat unik dan luas seperti "Pemuda-pemuda yang menjadi jutawan di Score A's ".

                          Penutup untuk cerita ini tidak akan di ketahui oleh sesiapa pun mahupun si penulis ini kerana si dia adalah budak yang "Special" dan sangat-sangat "Unique".





Akhir kata daripada si penulis ini, apabila kita ingin melakukan sesuatu yang diluar jangkaan daripada sesiapa pun, kita akan dapat melakukannya walaupun orang lain menganggap kita ini "Sewel" ataupun "Sloppy". Perkara-perkara yang perlu ada pada diri kita sekiranya kita hendak melakukan perkara baru and diluar jangkaan orang lain iaitu:-


1) Keyakinan yang tinggi sehingga memcecah ke gunung "Everest".
2) Usaha sehingga berjaya kerana usaha itu tangga kejayaan.
3) Menerima teguran daripada sesiapa pun tidak kira bangsa, kaum, umur and lain-lain.
4) Berani mencuba benda-benda yang baru tetapi bukan benda yang tidak berfaedah.
5) Percaya terhadap diri sendiri kerana jika anda tidak percaya diri sendiri, siapa lagi akan percayanya?


Jadi, Pikir-pikir lah apa yang anda ingin lakukan sebelum melangkah masuk ke jalan yang anda ingin lalu. 
Sekian. =)

No comments:

Post a Comment